Privacy (BM)

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (UNTUK PELANGAN)

Notis Perlindungan Data Peribadi ini (“Notis“) menerangkan bagaimana kami, The Edge Galarie Sdn. Bhd., syarikat-syarikat kami yang berkaitan, syarikat-syarikat bersekutu dan entiti-entiti yang dikawal bersama (secara kolektif dirujuk sebagai “Kumpulan”) menggunakan Data Peribadi anda.

Sekiranya berlaku sebarang percanggahan antara versi bahasa Inggeris dengan bahasa lain, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai. Kami mempunyai hak untuk mengubahsuai, mengemaskini atau meminda terma Notis ini pada bila-bila masa dengan meletakkan Notis yang telah dikemaskini pada laman web kami (“Laman Web“) di http://www.theedgegalerie.com. Dengan terus berkomunikasi dengan kami atau dengan terus menggunakan perkhidmatan kami berikutan pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan kepada Notis ini, tindakan tersebut akan menandakan penerimaan anda kepada pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan tersebut.

PENGUMPULAN DATA PERIBADI.

  1. “Data Peribadi” bermaksud maklumat mengenai anda, dari mana anda boleh dikenal pasti, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, nombor kad pengenalan, alamat, nombor telefon, nombor faks, butiran bank, butiran kad kredit, bangsa, jantina, tarikh lahir, alamat e-mel, pekerjaan anda, jawatan anda dalam syarikat anda, butir-butir syarikat anda, industri tempat kerja anda, apa-apa maklumat mengenai anda yang anda berikan kepada kami dalam borang pendaftaran atau borang serupa bentuk dan/atau apa-apa maklumat mengenai anda yang telah atau mungkin dikumpul, disimpan, digunakan dan diproses oleh kami dari semasa ke semasa.
     
  2. Pemberian Data Peribadi anda adalah secara sukarela. Walaubagaimanapun, jika anda tidak memberi Data Peribadi anda, kami mungkin tidak dapat menyediakan perkhidmatan atau produk yang anda telah pesan.

SUMBER PEROLEHAN DATA PERIBADI ANDA

  1. Selain Data Peribadi yang anda berikan kepada kami secara langsung, kami juga mungkin mengumpul Data Peribadi anda daripada pelbagai sumber, seperti:-
  • dengan menggunakan Laman Web dan dari “cookies” yang digunakan di Laman Web.
  • daripada syarikat-syarikat di bawah Kumpulan; atau
  • apabila anda berinteraksi dan berkomunikasi dengan kami di pameran bergerak, lelongan atau mana-mana acara lain;
  • daripada sumber-sumber umum
  • apabila anda mendaftar untuk menerima e-mel alert kami, surat berita, berita kemas kini dan mailers;

TUJUAN PEMPROSESAN

  1. Kami juga mungkin menggunakan Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan yang berhubung dengan perkhidmatan atau produk yang dipesan oleh anda dan untuk perniagaan dan aktiviti-aktiviti kami yang mungkin termasuk, tanpa had:-
  • untuk kami mematuhi kewajipan di bawah undang-undang.
  • untuk tujuan pentadbiran dalaman seperti audit, analisis data, dan untuk meningkatkan perkhidmatan kami;
  • untuk menjawab soalan-soalan, komen dan maklum balas daripada anda;
  • untuk memproses bayaran yang berkaitan dengan mana-mana produk atau perkhidmatan yang anda pesan;
  • untuk memproses pendaftaran anda untuk menyertai acara atau aktiviti dan untuk berkomunikasi dengan anda mengenai kehadiran anda di acara atau aktiviti;
  • memproses pendaftaran anda sebagai pengguna Laman Web, untuk memberikan anda manfaat yang ditawarkan kepada pengguna berdaftar Laman Web dan untuk berkomunikasi dengan anda untuk tujuan ini;

dan anda bersetuju kepada kami mengguna dan memproses Data Peribadi anda mengikut cara yang dikenal pasti di atas dan dalam Notis ini.

TUJUAN PEMASARAN DAN PROMOSI

  1. Kami dan Kumpulan juga boleh mengguna dan memproses Data Peribadi anda untuk tujuan lain seperti: –
  • untuk memberitahu dan menjemput anda kepada pameran bergerak, lelongan atau acara lain
  • untuk menghantar alerts, surat berita, berita kemaskini dan mailers;

yang mungkin menarik minat anda melalui pos, panggilan telefon, perkhidmatan pesanan ringkas (SMS), dengan tangan dan/atau melalui e-mel.

  1. Jika anda tidak bersetuju dengan kami atau Kumpulan memproses Data Peribadi anda bagi tujuan yang disenaraikan dalam Seksyen 5, sila memberitahu kami dengan menggunakan maklumat hubungan yang dinyatakan dalam Seksyen 10 di bawah.

PEMINDAHAN DATA PERIBADI

  1. Data Peribadi anda mungkin dipindahkan, disimpan, digunakan dan diproses dalam bidang kuasa lain selain Malaysia, kepada syarikat-syarikat di bawah Kumpulan yang terletak di luar Malaysia. Anda memahami dan bersetuju kepada pemindahan Data Peribadi anda keluar daripada Malaysia sebagaimana yang dinyatakan di dalam ini.

PENDEDAHAN KEPADA PIHAK KETIGA

  1. Data Peribadi anda mungkin dipindahkan, diakses atau didedahkan kepada pihak ketiga untuk tujuan seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 4 di atas. Selanjutnya, kami mungkin melantik syarikat-syarikat, pembekal perkhidmatan atau individu lain untuk melakukan fungsi-fungsi bagi pihak kami, dan seterusnya mungkin memberikan akses atau mendedahkan Data Peribadi anda kepada pembekal perkhidmatan atau pihak ketiga tersebut. Pihak-pihak ketiga yang disebut dalam Seksyen ini termasuk (tanpa had): –
  • pihak berkuasa Kerajaan untuk mematuhi keperluan undang-undang, peruntukan kawal selia dan kerajaan.
  • entiti-entiti lain dalam Kumpulan; dan
  • penasihat profesional kami dan juruaudit luar, termasuk penasihat undang-undang dan penasihat kewangan;
  • pembekal perkhidmatan, termasuk pembekal perkhidmatan teknologi maklumat (IT);
  • ejen-ejen penghantaran;
  • Data Peribadi anda juga mungkin akan dikongsi bersama berkaitan dengan urus niaga korporat, seperti penjualan anak syarikat atau bahagian, penggabungan, penyatuan, atau jualan aset, atau dalam hal tidak mungkin penggulungan.

AKSES & PERMINTAAN PEMBETULAN DAN SIASATAN, MENGEHADKAN PEMPROSESAN DATA PERIBADI

  1. Tertakluk kepada apa-apa pengecualian di bawah undang-undang terpakai, anda boleh meminta akses kepada dan/atau meminta pembetulan Data Peribadi anda, permintaan untuk mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda berhubung dengan Seksyen 5 di atas dan/atau membuat sebarang pertanyaan mengenai Data Peribadi anda dengan menghubungi: –

    Pegawai Data
    Emel: [email protected]
    No. Tel: +603 77218000
    No. Faks: +603 7721 8118
     
  2. Berkenaan dengan hak anda untuk mengakses dan/atau membetulkan Data Peribadi anda, kami berhak untuk menolak permintaan anda untuk mengakses dan/atau membuat sebarang pembetulan terhadap Data Peribadi anda untuk sebab-sebab yang dibenarkan di bawah undang-undang, seperti di mana pemberian akses kepada anda adalah tidak seimbang kepada risiko atau privasi anda atau privasi orang lain.
     
  3. Jika anda tidak ingin Data Peribadi anda dikumpul melalui “cookies” di Laman Web, anda boleh menyahaktifkan “cookies” dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

 

Windows IE (Internet Explorer) versi 8 ke atas:

  1. Buka Internet Explorer dengan mengklik butang Start  kemudian klik Internet Explorer
  2. Klik tab Privacy kemudian di bawah bahagian Settings, gerakkan slider ke atas untuk menghalang semua cookies atau ke bawah untuk membenarkan semua cookies kemudian klik OK.
  3. Klik butang Tools kemudian pilih Internet Options.

 

 

Klik butang OK untuk menyimpan tetapan anda.

 

Untuk Mozilla Firefox:

 

 

  1. Pada bahagian atas tetingkap Firefox, klik pada butang Tools, kemudian pilih Options.

Atau anda boleh klik pada Settings di bahagian bawah laman tersebut.

  1. Pilih tab Privacy, dan di bawah menu jatuh turun Firefox will, pilih Use Custom Settings For History.

     
     
  2. Ubah tetapan cookies mengikut pilihan anda di bawah menu jatuh turun Accept third-party cookies.
  3. Klik pada butang OK untuk menyimpan tetapan anda.

 

Google Chrome

 

 

  1. Klik pada butang  pada toolbar pelayar.
  2. Pilih Settings.
  3. Klik pada Show Advanced Settings.
  4. Di bawah bahagian Privacy klik pada butang Content Settings
     
  5. Pilih tetapan cookies pilihan anda dan klik pada butang Done untuk menyimpan tetapan anda.

PAUTAN KE LAMAN WEB PIHAK KETIGA

  1. Laman Web mungkin mengandungi pautan ke laman web pihak ketiga. Sila ambil perhatian bahawa kami tidak bertanggungjawab untuk pengumpulan, penggunaan, penyelenggaraan, perkongsian, atau pendedahan data dan maklumat oleh pihak ketiga sedemikian. Jika anda memberikan maklumat secara langsung kepada laman-laman tersebut, dasar privasi dan syarat-syarat perkhidmatan di laman berkaitan akan terpakai dan kami tidak bertanggungjawab untuk amalan pemprosesan maklumat atau dasar privasi laman-laman tersebut.

MAKLUMAT PERIBADI DARIPADA INDIVIDU BAWAH UMUR

  1. Kami tidak akan mengumpul Data Peribadi daripada individu di bawah umur 18 tahun secara sengaja. Sebagai ibu bapa atau penjaga yang sah, sila tidak membenarkan individu bawah umur tersebut di bawah jagaan anda untuk memberi Data Peribadi kepada kami. Sekiranya Data Peribadi diberikan kepada kami, anda dengan ini bersetuju kepada pemprosesan Data Peribadi individu tersebut dan secara peribadi menerima dan bersetuju untuk terikat dengan Notis ini dan mengambil tanggungjawab untuk tindakan beliau.

 

Dikemaskini pada: 1 Febuari 2016